KOREA BUDGET TRAVEL memberi perkhidmatan yang berbaloi untuk sesiapa yang ingin melancong ke Korea. Lawatilah page KOREA BUDGET TRAVEL untuk mendapatkan informasi lanjut budget trip ini. Boleh juga email ke hanziskandar@yahoo.com / hanziskandar@hotmail.com

KAYUHAN SUNGAI BUAH

KAYUHAN SUNGAI LALANG

KAYUHAN MERDEKA RAYA

JAMBOREE MTB SP SAZA

Thompson Trail

MCC Muar Pagoh Trail

Fraser Hills Trail

Alam Budiman Trail

Jamboree Kuala Langat

FRIM MTB Trail

Jamboree Putrajaya

RRI MTB Trail

Sungai Buaya MTB Trail

South Korea

Pantai Sungai Ular

ATV, Kg Kemensah

PANTAI MINYAK BEKU DAN PANTAI PUNGGOR

BUKIT KUTU, Kg Peretak

TAMAN LAYANG-LAYANG, Kepong

TAMAN BOTANI, Putrajaya

JERAM TOI, Negeri Sembilan

PORT DICKSON, Negeri Sembilan

AIR TERJUN KANCHING

BUKIT TABUH/TABUR , Taman Melawati

WHITE WATER RAFTING, Jeram Besu

LOST WORLD OF TAMBUN

WHITE WATER RAFTING, Slim River

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH

CAMERON HIGHLANDS

Sg Chilling Waterfall

Bangkok , Thailand

TAMAN NEGARA >>> DEERLAND >>> KUALA GANDAH

KL BIRD PARK >>> BUTTERFLY PARK

WALL CLIMBING

BERJAYA HILL, Bukit Tinggi

BROGA HILL, Semenyih

Saturday, September 29, 2012

NEW CHAPTER OF NOTTY BY NATURE LIFE

 Assalammualaikum,

Alhamdulillah selama 7 tahun daripada tahun 2005 aku mempunyai perasaan ingin tahu apa yang bestnye blogging ni sehingga sekarang aku masih meneruskan menulis blog yang lebih kepada perkongsian maklumat aktiviti aku seperti tempat makan, rafting, hiking, trail MTB dan sebagainya.
Daripada penulisan yang entah apa-apa kepada penulisan yang lebih baik berbanding awal-awal berkecimpung walaupon kadang-kadang tu rasa masih entah apa-apa sebab kekuatan aku bukan pada penulisan , harap dapat dimaafkan. hehehehe.
Kelebihan aku lebih kepada gambar-gambar yang menjadi rujukan dan tatapan bagi sesiapa yang ingin cuba lakukan aktiviti tersebut walaupon tak secantik mana seperti yang ditangkap oleh photographer professional yang lain tapi at least boleh memberi gambaran kepada yang mempunyai perasaan ingin tahu.
Aku berterima kasih kepada pembaca yang sudi jengok blog yang tak seberapa ini suma sekadar picisan di pinggiran, asalnya blog ni hanya untuk simpanan peribadai kenangan aktiviti aku dan kawan-kawanku selama ini dan penyimpanan gambar tetapi lama kelamaan ia menjadi sedikit informatif untuk para pengunjung blog yang ingin mendapatkan maklumat tentang sesuatu aktiviti.
Harap di blog ini serba sedikit dapat menolong mengurangkan beban yang ingin mendapatkan maklumat dan minta maaf sekiranya terdapat kekurangan, korg leh inform aku kalo ada maklumat yang korg ingin tahu daripada pembacaan post-post dalam ni.Insyaallah aku sedia membantu.
Sekarang sudah tahun 2012 dan telah menyebabkan capacity dalam blog ini sudah sampai pengakhirannya iaitu aku dah tak dapat upload gambar lagi sebab dah sampai tahap maximum.
Dengan itu aku buka penyambungan seterusnya blog aku ini di link bawah ni.

NOTTY BY NATURE LIFE - CHAPTER 2
http://sharilrouth-chapter2.blogspot.com/

Harap sudi-sudikan lah diri untuk ke blog diatas bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki selanjutnya.


Wassalam,
Sharil Routh

By ShaRil rOutH WelLinG with 21 comments

Monday, September 17, 2012

KAYUHAN Sungai Buah ---> Nilai Spring


Kayuhan Janji Ditepati ... hehehe... ada je nama member SPride ni kasi untuk kayuhan kali ni. Asalnye diorg nak kayuh dr Ladang Atom ke Ladang Sungai Buah dan akhirnya ke Nilai Spring. Tapi plan sudah berubah Ladang Sungai Buah ke Nilai Spring sahaja. Aku awal2 dah set mind yang plan asal jarak lebih kurang 45-50km tapi disebabkan ikot plan baru jarak kayuhan lebih pendek sikit. Dan yang paling sayang sekali, time ni la baru perasan kamera problem tak boleh buat apa dah, capture gambar pon jadi terlalu terang dan gelap 2 in 1. Edit macamana pon tak menjadi jugak terpaksa aku amik beberapa gambar dari album wak jawa dan Muz untuk jadikan gambar panduan. (Terima kasih walaupon tak secara official request, =p)

ALL PHOTOS CREDIT TO Wak Jawa & Muz Van Persie

 Click Pictures for larger view

 Tempat berkumpul seperti biasa kalo kayuh area nilai ni kat Sri Putra la, asalnya kat kedai Nazeem disebabkan kedai makan Nazeem tak buka kumpul kat kedai makan lain area situ jugak. Sampai je sana dalam pukul 7:50 am, ramai dah berkumpul kat kedai tu dari pukul 7:00 pagi dan kitorg mula gerak dalam pukul 8:00 pagi. Dari Sri Putra  kayuh menuju ke Sungai Buah dan kitorg ikot laluan kampung situ.

" Time ni dah sampai bukit yang dipanggil Bukit DiGi sebab ada mini stesen DiGi kat situ"

Awal2 je kayuhan kat Sungai Buah ni dah sesak nafas sebabnye naik bukit , bukan sebarang bukit ni bukit DiGi tu. hehehe..
Panjang la bukit ni ingatkan dah sampai kat atas sebab dari bawah nampak macam dah tanah rata rupanye ditambah dengan satu lagi bukit cukup la syarat untuk daki bukit DiGi ni. Bagi yang kalo first time off road memang agak payah kena kentalkan hati je kayuh ke atas. Yang tak boleh tahan katanya dah takde bukit lagi dah lepas ni, memang kena tipu. hahahaha...
Ada lagi satu bukit dipanggil bukit Celcom yang tak yah cakap la kesemputan nafas nak kayuh  ke atas.
Aku rasa setakat ni, ni la trail yang aku kayuh banyak bukit panjang dan tinggi samada aku tak larat nak kayuh atau dah lama tak kayuh offroad berbukit sebab baru lepas raya atau stamina aku dah tak kuat.
Tapi apa pon memang syok untuk ketahanan diri bila kayuh banyak2 bukit ni dan sini bukan setakat kayuh dengan bukit yang banyak tapi yang syoknye banyak downhill, ye la kan bila banyak kayuh bukitnye memang akan ada banyak la downhillnye , dan downhillnye pon panjang gak jaraknye.
Downhill sini kena berhati2 jugak sebab ada bahagian berlubang kalo tak perasan dan hilang kawalan silap2 boleh jatuh golek2 ni.


Laluan sungai buah akan melalui jugak ladang kelapa sawit dan sungai. Ada satu panorama yang paling syok ialah di puncak bukit (aku tak pasti bukit apa), sini la boleh tengok keluasan dan pemandangan hutan serta berbukit. Kawasan puncak bukit sini agak lapang jadi lebih terdedah kepada panas, kalo dah kayuh kena la tahan panas kan.


Tak silap aku sampai puncak bukit ni baru je 8 km, punye la ingat dah dalam 10++km . Kayuh bagai nak rak baru 8km sebab awal2 kayuh banyak bukit di daki umpama merasa dah kayuh jauh. Kat sini ada 3 chicken loop kalo rasa tak larat nak kayuh, awal2 kayuhan ada 2-3 orang surrender dan keluar melalui 1st chicken loop. 2nd Chicken loop ada la dalam 3-4 orang itu pon sebab ada yang brek patah, kalo tak brader tu dah teruskan kayuhan. Time aku lak tayar pancit, ini first time tayar aku pancit selama aku start kayuh off road. Nasib baik Muz dan Sheikh tolong , aku tak berapa pantas nak tukar sendiri , mana taknye tak penah tukar sendiri pon sebab tak penah pancit. Tolong sikit2 orang tukarkan ada la sebelum ni.Tapi apa pon perjalanan tetap aku teruskan. hehehehe...


Apa yang diberitahu , Kayuhan Sungai Buah kali ini tak berapa complete banyak amik shortcut . Banyak amik shorcut azabnye pon leh tahan bagi first time try . Kalo ikotkan trail asal Sungai Buah jaraknye ada la dalam 40++km . Lepas kuar Sungai Buah kitorg masuk trail Nilai Spring yang aku penah masuk sebelum ni waktu awal2 penglibatan aku ngn MTB ni dan kitorg keluar menuju ke Taman Casuaria iaitu ke kedai runcit untuk berehat2 , minum air, makan pisang etc. Lepas puas kitorg sambung dalam 10++km menuju ke tempat parking tapi sebelum tu kitorg sempat pekena laksa sedap berdekatan dengan area tempat parking tu. Jarak kayuhan lebih kurang 30++km, meter aku tak function lak time ni jadi cuma agakkan je tengok daripada meter orang lain.


Secara keseluruhan bagi aku trail ni memang superb lebih2 lagi untuk tau tahap mana daya tahan diri kita ni. Sebenarnye aku masih rasa tak puas sebab tak dapat completekan trail sungai buah sepenuhnye walaupon hardcore tapi puas giler kayuh trail mcm ni. Dengan bukitnye yang tak terkira dan downhillnye pon tak terkira , kalo orang yang suka downhill ni memang layan gak, mcm aku agak takut2 sikit bila downhill , silap teknik tersungkur tak sudah. Terkenang kisah sebelum ni tersungkur time downhill , itu yang lebih berhati2 sekarang ni. Apa2 pon aku tunggu next event Sungai Buah yang kayuh full punye , itu baru rasa nak pengsan kayuh agaknya. Ok Wak ? hehehe

VIDEO's CREDIT TO Wak Jawa





By ShaRil rOutH WelLinG with 19 comments

Monday, September 10, 2012

Kayuhan Sungai Lalang, Semenyih

 

Setelah 3 event kayuh kat Sungai Lalang yang dibuat oleh Pak Din dan Wak Jawa tak dapat ikot, akhirnye kali ni berjaya jugak folo. Pukul 6:30 pagi aku bertolaj dari Klang menuju ke Semenyih, tempat berkumpul dekat Jalan Semenyih Ria kalo tak silap aku (Koordinat : N 02 59.274' E 101 52.124' ). Aku sampai dalam pukul 7:30 iaitu waktu berkumpul yang aku nampak cuma basikal Pak Din je pastu beberapa minit Abg Zol pula datang. Sementara tunggu yang lain, kitorg lepak ngn Pak Din kat kedai mamak sarapan dulu. Nak dekat pukul 8 pagi baru lah ada kelibat basikal satu persatu datang area berkumpul. Ada la dalam 8 orang yang join kayuhan ni kebanyakkannye aku first time jumpa even Pak Din pon .


Agak2 dah cukup korum dan macam takde yang datang lagi kitorg gerak kayuh pukul 8:30 pagi daripada Jalan Semenyih Ria ni menuju ke jalan off road sungai lalang.


 Mula 2 je kami dah melalui kawasan tanaman penduduk kat situ dan time kayuh jalan masih mendatar lagi dalam beberapa kilometer mula dah membukit. Disebabkan dah lama tak kayuh bukit offroad. Sesak gak nafas kayuh, biasa kayuh flat je jalan. Tp at least dapat amik stamina kayuh bukit balik untuk event akan datang ni. Bukit kalo diikutkan masih boleh dikayuh lagi, tanahnye pon takde masalah , tak licin, tak berlumpur dan tak berlumpu tapi untuk stage kat sini la.


Hampir suma jugak menolak pastu kayuh sikit pastu tolak , mana taknya puas makan rendang, sambal kacang etc . Berat dah badan tu nak menolak ke atas. hehehehe..

 " Tayar brader ni pancit lak time ni, nasib baik ada member tolong"


Time lepas menaik kedepan sikit downhill lak, tengok dari condition jalannye agak tak berapa ok, walaupon masih boleh turun ngn basikal kena careful sbb ada lubang2 dan kayu2 kat tengah dan ada bahagian agak menjunam sikit. Aku amik keputusan tolak basikal sbb tak sure keadaannye.


Lepas turun downhill tu jalan dh mula mendatar sampai menuju ke pondok rehat penduduk kawasan sungai lalang tu.Time ni cable break Pak Din pulak tercabut, leceh jugak nak masukkan nampak kedai mcm mudah je masuk. Nasib baik ramai expert yang tolong pasangkan.



 Dari Pondok tu naik bukit lagi tp bukit ni boleh dikatakan teruk jalan banyak kesan kereta, lori jadi tak rata leceh sikit nak kayuh, yang part ni pon kebanyakkan menolak pada awalnye tinggi jugak bukitnye.


Elok je sampai kat atas , kitorg lalu kawasan kelapa sawit  dan menuju ke gerbang untuk melalui ke kawasan tasik.



Time ni dah mula masuk kawasan kelapa sawit dan kayuh naik bukit yang agak panjang lagi. Banyak jugak bukit kat sini tak tinggi, panjang... tak panjang.. berlubang-lubang.


Kat area kawasan tasik ataupon mungkin kolam mancing yang besar sebab aku pon tak pasti , boleh lak pagar situ dh di rantai kebiasaannye tak kunci. Jadi terpaksa guna jalan lain melintasi pagar berdawai berdekatan dengan kandang lembu rasanye kalo tengok kat atas bukit tu . Nasib pagar berdawai tu hanya sekadar lilit 2-3 dawai je, leh jugak la mencelah keluar.

" Ni la pagar yang dah berantai tu"

" Bekerjasama pass basikal melintasi pagar berdawai ni, macam nak seludup basikal pon ada"


Lepas tu kitorg mula kayuh ke kawasan yang agak lapang dengan tanaman-tanaman oleh penduduk kat area sungai lalang tu.


Seperti biasa naik bukit lagi , panjang jugak la dan sampai di kawasan atas dimana leh nampak area Temple , agak menarik jugak scene sini.
"Ni la scene Temple , rasanya buddhist Temple"


Bukit ni mmg agak bahaya sikit nak kayuh , di sebelah kanannye dikatakan sungai asalnye tapi bila takde air nampak mcm longkang besar, jalan untuk kayuh pon sempit dan berbatu-batu jugak ditambah dengan semak samun dan ranting kayu. Jadi lebih elok tolak basikal , kalo silap control mau jatuh dalam longkang @ sungai tu.


Lepas harungi jalan sempit kat longkang @ sungai terbiar tu kami kayuh naik lagi menuju ke puncak, kira puncak jugak la bukit tu, stop jap amik nyawa balik.




Time ni lak mula dah downhill , turun bukit mula-mula tu pada awalnye ok tp tiba2 ada ranting pokok halang laluan dan ada lubang lak terpaksa tolak ke bawah. Lebih-lebih lagi orang tinggi macam aku memang tersangkut la.



Lepas turun downhill tu kitorg lalu jalan tar menuju ke sungai , agak jernih dan bersih airnye ditambah ngn sejuknye.

" Mamam dulu"

Pada awal planning nak lepak kat jeram dulu, mandi manda, makan-makan kat situ tapi disebabkan ada yang rush nak ke open house kami cuma passby je kat jeram tu. Tak penah aku tau ada jeram area Sungai Lalang ni. Time lalu ada la beberapa kereta parking tepi picnic kat jeram sini.



" Pagar ni pon berkunci nasib baik laluan tepi cukup luas untuk kami dan basikal lalu"


Sini kami kayuh naik bukit lagi dan menolak basikal, sampai atas kami stop dan nampak kelibat mat motor , kami bagi laluan kt diorg dulu dan tunggu sampai asap motor reda baru kayuh balik. Kalo tak hidu asap sambil kayuh la jawabnya.


Time ni kira dah nak 22km kami kayuh , leh lak tersilap masuk lorong, mana taknye kalo dalam hutan nampak sama je jalannye. Bertambah la stamina kami, hehehehe..


Akhinye kami selepas 24km kami dah keluar daripada hutan tu menuju ke parking. Bagi aku walaupon cuma 25km je tapi kesengsaraannye boleh tahan dan trail ni menarik, kalo rasa nak kayuh naik bukit je sini mmg syok untuk training dan downhillnya pon leh tahan walaupon tak suma downhill aku kayuh, apa pon mmg puas selepas dan sebulan lebih tak kayuh off road.


BELOW PHOTOS CREDIT TO Zolkopli Saidin





 










By ShaRil rOutH WelLinG with 14 comments

EVENT

Popular Posts

There was an error in this gadget

    • Popular
    • Categories
    • Archives